KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD
NO PENDAFTARAN: 193463400008
SATU UNTUK SEMUA, SEMUA UNTUK SATU.
Tentang Kami
Latar belakang
Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Baling Kedah Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1930. KPPKBKB bertindak sebagai pemberi pinjaman kepada ahli koperasi yang terdiri daripada kakitangan kerajaan yang berkerja di daerah Baling dan juga pesara penjawat kakitangan Kerajaan. Koperasi ini juga mempunyai keanggotaan seramai 2100 orang anggota. KPPKBKB juga bertindak sebagai pengurusan sistem potongan gaji anggota koperasi dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA). KPPKBKB juga menguruskan akaun anggota yang membuat pembiayaan yang diuruskan oleh Koperasi melalui potongan gaji anggota.
Misi
Melahirkan koperator yang berkemahiran, berintegriti, dan dapat memajukan koperasi agar mampu berdaya saing dan berjaya.
Visi
Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Baling Kedah Berhad sebagai sebuah koperasi cemerlang di Kedah menjelang 2020.
Perkhidmatan
Pembiayaan
Tawarruq & Murabahah
Derma Kebajikan Khas
Derma kematian suami/isteri anggota.
Derma Kebajikan Am
Derma khairat kematian anggota dan ahli keluarga anggota serta kemalangan atau sakit dan bencana alam.
Derma Pendidikan
Dermasiswa kepada anak-anak anggota yang berkelulusan baik mengikut syarat yang ditetapkan
Zakat Pendidikan
Zakat kemasukan Ijazah pertama ke Universiti tempatan atau swasta.
Keanggotaan
Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada individu yang bekerja dan berjawatan tetap dengan Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun Kerajaan, anak syarikat kerajaan atau syarikat milik penuh kerajaan yang swastakan
​
Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah —
(a) warganegara Malaysia;
(b) telah mencapai umur lapan belas tahun tetapi tidak melebihi umur empat puluh lima tahun semasa memohon dan diterima menjadi anggota;
(c) bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan
operasi Koperasi ini; dan
(d) bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar atau tidak upaya dari segi mental atau seorang bankrap yang belum dilepaskan atau pernah dibuang daripada mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.
Galeri
Mesyuarat Agung Kali ke-83 2017
Mesyuarat Agung Kali ke-84 2018
Mesyuarat Agung Kali ke-85 2019
Hubungi Kami
Alamat
R4, Jalan Syed Sheikh, 09100 Baling, Kedah
No. Telefon : 04-4701655
Alamat E-Mel: